BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, April 4, 2011

Halangan Komunikasi Dalam Islam.

Untuk memastikan komunikasi berjalan lancar, islam mengajar kita supaya mendisiplinkan diri agar tidak melakukan tindakan yang ditegah oleh islam ketika berkomunikasi.
Antara halangan komunikasi ialah:


* Mengutuk orang lain sesuka hati tanpa memikirkan akibatnya.
* Memperkecilkan orang.
* Membocorkan rahsia orang dengan niat untuk mengaibkan.
* Mengumpat.
* Berbangga diri.
* Bertengkar yang penuh dengan sifat amarah.
* Bercakap perkara yang tidak baik.
* Penggunaan bahasa yang kasar.



Kita boleh kenalpasti banyak halangan yang perlu kita lalui untuk menyampaikan sesuatu yang baik. Jadi sebagai insan yang mempunyai akal fikiran yang dianugerahkan kita perlu bijak untuk mengatur sesuatu agar apa yang ingin disampaikan diterima dengan baik oleh orang lain.

Etika Komunikasi Islam.

Etika Komunikasi Islam.

Dalam Islam sejak awal-awal lagi telah memberikan garis panduan etika mengenai bagaimana cara seseorang menyampaikan keinginan, aspirasi, tuntutan dan lain-lain. Islam memberikan kebebasan kepada umatnya untuk menyampaikan pendapat. Walaupun begitu ia harus dilakukan dengan mengikut aturan hukum dan etika tertentu agar tercipta suatu kedamaian dan ketenteraman hidup bermasyarakat, berbangsa dan bernegara.

Menurut Jalaluddin Rachmat ada lima saranan dalam al-Quran berkait dengan etika komunikasi, iaitu :-

1. Qaulan Sadida 
2. Qaulan Ma'rufa
3. Qaulan Baligha
4. Qaulan Maisura
5. Qaulan Karima

Apabila kesemua saranan ini dijadikan acuan dalam berkomunikasi nescaya tidak akan terjadi salah maklumat dan penyelewengan yang mampu memporak perandakan masyarakat.

Kewartawanan Dalam Islam.

Terdapat beberapa perkara mengenai kewartawanan dalam Islam, antaranya ialah :-

1. Menyebarkan peranan Islam dan menjelaskan kebenaran kepada orang ramai.
2. Mempertahankan isu-isu yang berkaitan dengan kehidupan ummah.
3. Menggunakan pendekatan dan kaedah yang bijaksana dalam menjayakan proses komunikasi yang berkesan.
4. Melancarkan perang saraf terhadap musuh sebagai salah satu cara dakwah untuk menangkis serangan media Barat serta melemahkan hujah dan posisi mereka disamping mengukuhkan sasaran dan perspektif Islam.
5. Menghadapi perang media propaganda asing serta melindungi ummah dari usaha yang menyesatkan.

Cara Komunikator Islam Dapat Mendekati Remaja.

Antara cara untuk mendekati remaja dalam berdakwah aadalah :
  • Menyeru kepada keimanan.
  • Memberi peringatan dan pengajaran.
  • Mengubah sesuatu dari positif kepada negatif.
  • Mencapai pesetujuan bersama ( Mencari keredhaan Illahi).

metode penyebaran dakwah islamiah

Menolak dan mencegah perkara-perkara kejahatan yang bertentangan dengan ajaran Islam adalah menjadi tanggungjawab ke atas setiap individu mengikut kemampuan masing-masing. Berikut adalah cara-cara yang disarankan oleh baginda RASULULLAH SWT dalam mencegah kemungkaran :
Tangan
Dengan kekuatan dan kekuasaan menurut cara yang bijak sana sekiranya seseorang itu berkemampuan berbuat demikian.
   Lidah
Wajar untuk mengubah kemungkaran dengan memberi nasihat dan tunjuk ajar yang baik sehingga perkara kejahatan dapat dihindarkan
     Hati
Ianya merupakan selemah-lemah iman.Hati yang bersih,tegas dan lunak,ialah dari segi keyakinan,tegas dalam urusan agama dan lunak dalam pergaulan dengan kaum muslimin. Dengan keyakinan dan ketegasan iman di hati akan melahirkan ketenangan dan keselamatan dalamkehidupan. Oleh itu berpegang teguh pada hati sedia untuk membelanya, berani berkata yang benar walau pun pahit dan tidak gentar untuk mempertahankan yang hak.

Monday, January 24, 2011

pengertian dan matlamat..

Bercakap mmg senang..
Bercerita mmg senang..
Memberitahu mmg senang..

Tp kalo nk buat semua tu dengan tujuan, bknnya mudah.

Memberitahu sesuatu perlulah ada sumber kebenaran dan kesahihannya.
Dalam Islam, komunikasi adalahmenyampaikan maklumat kepada seseorang dgn cara yg mengikut syariat.
Al-Quran, As-Sunnah, Al-Hadith dan Ijmak.
Itulah ap yg memandu kita.
Jd jangalah sesuka hati menyampai tanpa hala tuju.

Kita ad sumber dan matlamat.
Jd kenapa xikut dan terlupa..??

Hidup di dunia hanya pinjaman.
Mengajarlah selagi mampu.
Menyampai selagi mungkin.
Jangan menyombong dan bangga diri.
Elak tuhan tarik je nikmat tu blik..

Amin...

Friday, January 21, 2011

yg tersambung dan yg tertanggal..

perasan x bila kita bukak facebook, or kdg2 even dapat text kat hp yg meneybarkan dakwah2 ataupun pesanan2 yg mmbawa kearah Islam..

ap yg selalu kita buat bila kita dapat mnda2 cmni..??
delete, simpan je dalam inbox, or kita sebarkan kepada org lain..??

terpikir gak kan, inilah cara org sekarang berkomunikasi.. xpayah da nk telepon ke, tampal kat surat khabar ke, dengar radio ke mcm dulu2... semarang ni pun portal2 islam da bnyk da wat page kat FB.. bgus kan kalo cmni, berkembang pesat teknologi perkongsian maklumat kita.. ceruk mane sekalipun, kita mmpu untuk menjangkaui batasan dan menerima ap yg disampaikan.. xkiralah baik ke x..

tp, sejauh mane kita menerima segala yg ada..?? dapat mesej tntg agama selalu je, tp kita ikut ke ap yg kita baca..??

mmg betul teknologi komunikasi islam semakin berkembang, kita pun haruslah berkembang sama..

tgk blik erti asal komunikasi.. penyampaian maklumat melaui sebuah saluran daripada penyampai kepada si penerima.. perasan x yg hidup di alam maju ni, kiat jualah penerima, dan kita jualah penyampainya.. seolah2 berada dalam satu kitaran hidup.. semuanya bermula daripada kita sendiri.. cari balik ap itu komunikasi dan aplikasi dalam islam.. kalo selama2nya kita wat xtau, xgne gak belajar tinggi2..

saya menulis dari perspektif yg berbeza.. bknnya saya hipokrit, cuma tagan ini menaip tanpa henti mencurahkan pendapat saya sendiri.. terpulang pada individu untuk menerima sebagai mana akal mengintepretasi maklumat.. tgk disebaliknya, anda akan temui idea saya..




INI CARA SAYA BERKOMUNIKASI, CARA ANDA BAGAIMANA...??

Monday, January 3, 2011

apa yg selalu terjadi

GOMBAK, 8 Mei (Hrkh) – Ustaz Nasruddin Hasan Tantawi berkata sudah ramai orang mempunyai laman blog sendiri, namun tidak selalu dikemaskini. Beliau menyifatkan perbuatan ini sepeti sebuah rumah yang dipenuhi lalang dan semak samun.
“Ada di kalangan kita suka buat blog, lepas itu kemaskini selama lima bulan sekali. Ini seperti orang buat rumah, kemudian dia biarkan laman rumah dipenuhi dengan lalang dan semak samun, lepas tu dia menjemput kita masuk, siapa nak masuk kalau rumah seperti itu lebih baik tidak payah buat blog,” tegas beliau.
Katanya, ada juga orang buat laman blog tetapi bercerita pasal peribadi dia, kisah-kisah kegagalan bercinta. Ini tidak menampakan roh perjuangan, tak menyebarkan risalah yang didokong, ini merupakan kerja yang membazir masa.
Menurutnya, hari ini semua orang bercakap mengenai satu media baru, ternyata kuasa media baru boleh menyaingi media lama.
 ”Sehari dua ini dan melihat kegilaan anak muda untuk memiliki facebook tersendiri, masing-masing ada rangkaian dalam laman web tersebut.


betul kan ap yg jadi..??
kuasa di tangan kita untuk mengubah..
kita merancang, tapi tuhan menentukan...
suluhan pertama, menyelam sanubari...
aminnn...