Untuk memastikan komunikasi berjalan lancar, islam mengajar kita supaya mendisiplinkan diri agar tidak melakukan tindakan yang ditegah oleh islam ketika berkomunikasi.
Antara halangan komunikasi ialah:
* Mengutuk orang lain sesuka hati tanpa memikirkan akibatnya.
* Memperkecilkan orang.
* Membocorkan rahsia orang dengan niat untuk mengaibkan.
* Mengumpat.
* Berbangga diri.
* Bertengkar yang penuh dengan sifat amarah.
* Bercakap perkara yang tidak baik.
* Penggunaan bahasa yang kasar.
Monday, April 4, 2011
Halangan Komunikasi Dalam Islam.
Kita boleh kenalpasti banyak halangan yang perlu kita lalui untuk menyampaikan sesuatu yang baik. Jadi sebagai insan yang mempunyai akal fikiran yang dianugerahkan kita perlu bijak untuk mengatur sesuatu agar apa yang ingin disampaikan diterima dengan baik oleh orang lain.
Posted by fareed rozaini at 6:29 PM 0 comments
Etika Komunikasi Islam.
Etika Komunikasi Islam.
Menurut Jalaluddin Rachmat ada lima saranan dalam al-Quran berkait dengan etika komunikasi, iaitu :-
1. Qaulan Sadida
2. Qaulan Ma'rufa
3. Qaulan Baligha
4. Qaulan Maisura
5. Qaulan Karima
Apabila kesemua saranan ini dijadikan acuan dalam berkomunikasi nescaya tidak akan terjadi salah maklumat dan penyelewengan yang mampu memporak perandakan masyarakat.
Kewartawanan Dalam Islam.
Terdapat beberapa perkara mengenai kewartawanan dalam Islam, antaranya ialah :-
1. Menyebarkan peranan Islam dan menjelaskan kebenaran kepada orang ramai.
2. Mempertahankan isu-isu yang berkaitan dengan kehidupan ummah.
3. Menggunakan pendekatan dan kaedah yang bijaksana dalam menjayakan proses komunikasi yang berkesan.
4. Melancarkan perang saraf terhadap musuh sebagai salah satu cara dakwah untuk menangkis serangan media Barat serta melemahkan hujah dan posisi mereka disamping mengukuhkan sasaran dan perspektif Islam.
5. Menghadapi perang media propaganda asing serta melindungi ummah dari usaha yang menyesatkan.
Posted by fareed rozaini at 6:21 PM 0 comments
Cara Komunikator Islam Dapat Mendekati Remaja.
Antara cara untuk mendekati remaja dalam berdakwah aadalah :
- Menyeru kepada keimanan.
- Memberi peringatan dan pengajaran.
- Mengubah sesuatu dari positif kepada negatif.
- Mencapai pesetujuan bersama ( Mencari keredhaan Illahi).
Posted by fareed rozaini at 6:19 PM 0 comments
metode penyebaran dakwah islamiah
Menolak dan mencegah perkara-perkara kejahatan yang bertentangan dengan ajaran Islam adalah menjadi tanggungjawab ke atas setiap individu mengikut kemampuan masing-masing. Berikut adalah cara-cara yang disarankan oleh baginda RASULULLAH SWT dalam mencegah kemungkaran :
Tangan
Dengan kekuatan dan kekuasaan menurut cara yang bijak sana sekiranya seseorang itu berkemampuan berbuat demikian.
Lidah
Wajar untuk mengubah kemungkaran dengan memberi nasihat dan tunjuk ajar yang baik sehingga perkara kejahatan dapat dihindarkan
Hati
Ianya merupakan selemah-lemah iman.Hati yang bersih,tegas dan lunak,ialah dari segi keyakinan,tegas dalam urusan agama dan lunak dalam pergaulan dengan kaum muslimin. Dengan keyakinan dan ketegasan iman di hati akan melahirkan ketenangan dan keselamatan dalamkehidupan. Oleh itu berpegang teguh pada hati sedia untuk membelanya, berani berkata yang benar walau pun pahit dan tidak gentar untuk mempertahankan yang hak.
Posted by fareed rozaini at 6:11 PM 0 comments
Subscribe to:
Comments (Atom)